Home
Assalamualaikum.......
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT di atas keizinanNya,dapat saya menyiapkan laman web yang tak seberapa ini. Laman web ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk jualan kami kepada rakan - rakan sekalian. Antara produk yang kami tawarkan setakat ini ialah set tilam kekabu baby,sarung tilam baby dan juga set bakul baby. Selain itu, kedai maya kami juga menawarkan produk-produk lain seperti bantal kekabu, baju mengandung, lampin baby, bedung baby, pelapik getah baby dan juga barut perut ibu. Terdapat juga acsessories seperti 3D bolster, neck pillow, tissue case dan beg kanak-kanak. InsyaAllah dimasa-masa akan datang, produk-produk lain akan ditambah. Semoga laman ini memberi manafaat dan kemudahan kepada anda semua.
ALKISAH TILAM KEKABU
Kekabu oh kekabu, memang betul kata orang tilam kekabu ni mahal, tapi memang berbaloi, ini kerana kekabu sangat lembut, sangat sejuk bak kata orang selesa dari yang selesa. Memang elok untuk bayi yang baru lahir.
Nak buat satu tulam kekabu ni bukan senang jadi memang berbaloi sangat2. Kekabu ni di pasaran memang mahal, harganya tak pernah jatuh. Untuk membuat tilam untuk masukkan kekabu ni memakan masa hampir 3 jam. Nak jahit tu dah satu hal yang paling lama nak jahit buat bonggol-bonggol sebab ia tak boleh buat dengan mesin jahit, so terpaksa la jahit dengan tangan, kalau nak upah orang, peh memang tak berbaloi untuk jual. So untuk mengatasi kos supaya tidak berlebihan kami membuat sendiri set tilam kami ini. Set tilam kami ini memang 100% kekabu, sebab kekabu dalam pasaran ni banyak gred. Tilam kami ini memang tebal.Setakat ini saja dulu kisah tilam kekabu. Kalau nak beli borong kami sedia menjual secara borong.
HISTORY
Perniagaan ini telah bermula dengan jualan melalui iklan-iklan percuma yang ada di dalam internet Setelah mencuba beberapa bulan menggunakan cara tersebut, bagi mempeluaskan lagi perniagaan ini, laman web sendiri iaitu manjashop.com ini telah dibina.Perniagaan ini telah didaftarkan dengan nama MANJA SHOP ENTERPRISE (001828292-T).
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli secara borong, boleh hubungi kami melalui email @ ym @ sms @ telefon.

.jpg)

(RM8)_m.jpg)



